Header Ads

Khalifah - Kerbau Di Payung (OST FILEM 'BO-PENG') (Lirik)

Khalifah - Kerbau Di Payung (OST FILEM 'BO-PENG') (Lirik)

Hey..
Bumi disanjung
Jangan salahkan ibu yang mengandung

Makan hati ulam jantung
Kerbau duduk mencangkung
Angin kencang hujan yang turun
Dihulur payung

Panggil ayam beri makan
Dedak nasi semalam

Panggil orang berilah salam
Ringan-ringankan

Duduk rumah lantai papan
Alas tikar mengkuang
Cakap siang pandang-pandang
Malam dengar-dengarkan

Sumur sudah menjadi kolam
Paya menjadi taman
Dulu anak disuapkan makan
Kini menjadi tuan

Hidup jangan ikut sini sana
Berdiri di antaranya
Cakap jangan jaja sini sana
Lebih baik diam saja

Makan hati ulam jantung
Kerbau duduk mencangkung
Angin kencang hujan yang turun
Dihulur payung

Panggil ayam beri makan
Dedak nasi semalam
Panggil orang berilah salam
Ringan-ringankan


Powered by Blogger.